Wednesday, September 28, 2011

Tanah untuk MRT: Nazri akan bincang dengan PM

Utusan Malaysia: 20/09/2011 8:04pm

KUALA LUMPUR 20 Sept. — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok bagi membincangkan mengenai pengambilalihan tanah untuk Projek MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang.

Nazri berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Prasarana Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab dalam projek tersebut, supaya menimbang beberapa perkara, termasuk mencari laluan alternatif sebelum pengambilalihan tersebut dibuat.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) berhubung isu itu di sini hari ini.

"Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah berjumpa saya bagi menunjukkan laluan alternatif supaya projek tersebut dialihkan ke kawasan yang tidak jauh dari kawasan yang akan diambil alih itu,” katanya.

Proses pengambialihan tanah di Jalan Sultan bagi projek berkenaan mendapat bantahan dari pemilik hartanah, ahli sejarah dan aktivis seni budaya kaum Cina berikutan ia akan menjejaskan bangunan warisan sejarah yang berusia lebih 100 tahun di situ. — Bernama

No comments:

Post a Comment